Showing posts with label Sains dan Al-Quran. Show all posts
Showing posts with label Sains dan Al-Quran. Show all posts

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah..Setelah sekian lama menyepi, hari ini diberikan sedikit masa untuk menulis.

Dalam kesibukan menyiapkan report
Food Processing Technology yang sekian lama tertangguh, diri ini menjumpai banyak perkara yang menyebabkan saya termangu seketika.Mana tidaknya, dalam mencari-cari maklumat mengenai Homogenization of Milk, saya terjumpa satu fakta yang agak merisaukan.

Secara umumnya, perlu diketahui bahawa kebanyakan susu di pasaran dan hampir kesemua dairy food product mengalami proses homogenization untuk menambahkan jangka hayat susu dan makanan tersebut. Homogenization ini sebenarnya adalah suatu proses yang menggunakan tekanan tinggi terhadap cecair untuk membahagikan molekul cecair tersebut kepada saiz yang lebih dan paling kecil.


Dalam bahasa mudahnya, dengan wujudnya proses homogenization, penggumpalan susu dapat dielakkan dan susu akan menjadi lebih stabil sekaligus memanjangkan jangka hayat susu tersebut. Yang mengejutkan, ada satu fakta hasil daripada kajian yang dibuat oleh Oster, pensyarah sebuah universiti di Eropah, proses homogenization tersebut boleh membawa kepada penyakit jantung. Ada pihak yang menyangkal fakta tersebut, tetapi, sebagai langkah keselamatan, perkara sebegini perlu diberi perhatian.

Semalam pula, terjumpa juga satu fakta lain yang agak meresahkan. Iaitu mengenai keju. Menurut kajian yang telah dijalankan, kebanyakan keju yang berada di pasaran ditambah bahan pepsinogen (dari perut lembu) ataupun renet ( dari perut khinzir) untuk membuatkan keju itu membeku.Khinzir tu dah memang haram untuk dimakan.Lembu pula, kita belum tahu bagaiman ia disembelih..Semuanya memusykilkan jadi lebih baik tinggalkan aje. Fakta sebegini mungkin akan mengecewakan sesetengah pihak tetapi itulah hakikat yang perlu diterima masyarakat zaman sekarang.

Fakta lain pula sedikit mengenai soya. Di Malaysia, soya dipasarkan dengan rancaknya. Pihak Barat turut membuat fakta bahawa soya mengandungi kandungan protein yang tinggi dan boleh menggantikan susu. Pernah suatu ketika, mereka pernah menyatakan soya lebih baik daripada minyak kelapa sawit yang mana pada ketika itu sumber utama ekonomi negara Malaysia.Sedangkan di Amerika Syarikat sendiri, soya hanyalah sebagai makanan binatang ternakan.


Disebabkan majoriti rakyat Malaysia amat sukakan soya, tidak kira dalam bentuk susu ataupun tempe, fakta ini amat perlu diberi perhatian. Apa yang saya nampak adalah ianya adalah suatu propaganda halus yang dibawa oleh puak Barat.Mengikut apa yang saya pelajari dalam kuliyah beberapa bulan yang lalu, kandungan protein yang terdapat dalam susu teramatlah rendah Ia sama sekali tidak boleh menggantikan susu.


Ini mungkin teknik halus orang Yahudi dalam usaha menjauhkan umat Islam daripada sunnah Rasulullah s.a.w. Ramai orang tahu bahawa minum susu adalah suatu sunnah yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Ini adalah satu usaha Yahudi supaya umat Islam tidak beramal dengan ajaran Rasulullah s.a.w. kerana bagi mereka :

"Sekiranya tidak mampu untuk mengeluarkan umat Islam dari agamanya, sudah memadai kiranya kita menjauhkan mereka daripada pengamalan ajaran Islam.."

Daripada segala fakta-fakta yang ditemui, diri ini tertanya-tanya, yang ini haram dimakan, yang itu boleh bawa penyakit, jadi apakah lagi yang boleh dimakan? Akhirnya, jawapan yang ditemui adalah..

"The best way is...back to the Al-Quran dan As-sunnah!!!"



Banyak ciptaan manusia dihasilkan demi memudahkan kerja dan mengaut keuntungan. Tetapi hasil yang diperoleh, pasti ada keburukan yang mendatang. Contoh-contoh di atas sudah cukup membuktikan walau sehebat mana sekalipun manusia merekacipta, sesungguhnya hanya Allah adalah sebaik-baik Pencipta.

Benarlah firman Allah s.w.t. :

"Maha Suci Allah yang menguasai (segala) kerajaan, Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu." (Surah al-Mulk, 67 : 1)

"Yang menciptakan tujuh langit berlapis-lapis.Tidak akan kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pengasih. Maka lihatlah sekali lagi, adakah kamu lihat sesuatu yang cacat?Kemudian ulangi pandangan(mu) sekali lagi, nescaya pandanganmu akan kembali kepadamu tanpa menemukan cacat dan ia (pandanganmu) dalam keadaan letih." (Surah al-Mulk, 67 : 3-4)

Itulah hakikat ciptaan Allah s.w.t. Susu lembu pada asalnya baik, tetapi setelah dimasukkan bahan oleh manusia bagi mempercepatkan pembiakannya automotik susu itu menjadi bahaya kepada manusia.Ini tidak bermakna manusia tidak harus berfikir untuk mencipta sesuatu yang baru, tetapi manusia harus akur, Allah itu Maha Kuasa. Tiada siapa yang dapat menandingi kekuasaanNYA. Jadikanlah hasil ciptaan manusia itu sebagai suatu wasilah yang mendekatkan diri kita kepadaNYA dengan menyedari kelemahan kita sendiri sebagai hamba Yang Maha Kuasa..

Renungkan firman Allah s.w.t. :

"Wahai orang yang beriman ! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan) yang mendekatkan diri kepadaNYA dan berjihadlah (berjuanglah) di jalanNYA, agar kamu beruntung." (Surah al-Maidah,5:35)

Walaupun ciptaan yang dihasilkan oleh manusia sendiri akan menemui kegagalan, jadikanlah kegagalan itu sebagai suatu yang mendekatkan diri kepadaNYA dan gunakanlah segala ilmu yang dimiliki sebagai senjata jihad...

“Subhanallah, Maha Suci Allah…” hanya itu yang terdetik di hati sewaktu belajar tadi. Sesungguhnya Allah tidak menciptakan sesuatu di muka bumi ini dengan sia-sia. Malangnya, manusia sahaja yang jarang memikirkan akan kebesaran ciptaan Allah s.w.t.

Kita seringkali mendengar manusia melemparkan tohmahan dan cacian kepada binatang. Dengan tanpa berfikir, manusia sering menengking,

“Ish, binatang ni..Kenapa la kau wujud? Bukan ada manfaat pun, hanya menyusahkan orang je!”

Tanpa disedari, manusia mengutuk dan mempersoalkan ciptaan Allah s.w.t. Hebat sangatkah kita hingga nak membenci dan mengutuk makhluk ciptaan Allah s.w.t. sehingga begitu sekali???

Di dalam kelas tadi pensyarah ada menyentuh sedikit pasal tikus. Baru saya perasan, sebenarnya antara binatang yang paling kerap sekali menerima tohmahan dan cacian daripada manusia adalah tikus. Tikus dah amat terkenal sebagai makhluk yang kotor, busuk dan juga sebagai binatang yang sering menghuru-harakan rumah yang telah sedia huru-hara oleh manusia.

Itulah manusia. Hanya tahu mengutuk dan membantah. Bukan mengutuk dan membantah perkara-perkara yang salah, tetapi mengutuk, membantah dan mempersoalkan undang-undang dan kekuasaan ciptaan Allah s.w.t. Jarang sekali manusia mahu memikirkan hikmah di sebalik tikus yang busuk itu. Bertepatan dengan firman Allah s.w.t. :

“Dan sesungguhnya Kami telah menjelaskan berulang-ulang kepada manusia dalam AL-Quran ini dengan bermacam-macam perumpamaan. Tetapi manusia adalah memang yang paling banyak membantah.”

(Surah AL-Kahfi, 18 : 54)

Cuba fikirkan betul-betul.. Besar juga sebenarnya jasa tikus yang sering dihinakan itu kepada manusia. Mana tidaknya, ia sering menjadi korban dalam membuat kajian-kajian pemakanan dan perubatan manusia. Cuba bayangkan sekiranya Allah tidak menciptakan tikus..Sudah tentu generasi manusia di muka bumi ini akan menjadi pupus dari sehari ke sehari kerana menjadi bahan eksperimen.

Sebagai hamba Allah yang beriman, jadilah manusia yang berakal, iaitu manusia yang sentiasa memikirkan akan kebesaran dan kekuasaan ciptaan Allah s.w.t. Hargailah setiap ilmu yang dipelajari meskipun ilmu mengenai tikus sekalipun supaya ia dapat menjadi suatu alat yang akan mendekatkan lagi diri kita dengan Maha Pencipta… Renungilah firman Allah s.w.t. ;

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), “Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini dengan sia-sia;Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka.”

(Surah Ali Imran, 3 : 190-191)

"MahaSuci (Allah) yang menciptakan semuanya berpasang-pasabgab, baik apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka sendiri, maupun dari apa yang mereka tidak ketahui,"
(Surah Yassin,36;36)

Berdasarkan ayat di atas, jelaslah bahawa Allah mencipta setiap makhluk di bumi ini secara berpasang-pasangan. Itulah fitrah alam yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Malangnya, akibat daripada ideologi sekularisme yang dibawakan oleh kaum Yahudi, kita sering mengasingkan ilmu sains dan ajaran Al-Quran. Hakikatnya, segala teori dan kajian yang sedang kita pelajari pada masa kini telah lama diterangkan di dalam Al-Quran.

Salah satu buktinya adalah berkenaan susunan elektron dalam sesuatu atom. Menurut teori struktur Lewis yang diperkenalkan oleh Gilbert N. Lewis pada tahun 1916, setiap elektron yang terdapat di dalam sesuatu atom akan disusun secara berpasang-pasangan. Elektron yang tiada pasangan akan dikenali sebagai elektron persendirian (lonepairs electron). Kajian pula menunjukkan atom yang memiliki elektron persendirian (lonepairs electron) adalah berbahaya dan boleh menyebabkan kanser kepada badan manusia. Atom ini lebih dikenali sebagai radikal percuma (free radical atoms).

Oleh sebab atom radikal bebas ( free radical atoms ) mempunyai atom yang tidak berpasangan, ia menjadi lebih reaktif dan menjadi kurang stabil. Atom radikal bebas (free radical atoms) boleh berlaku melalui “enzymatic reaction” atau “non-enzymatic reaction”. Antara proses-proses “enzymatic reactions” yang menghasilkan atom radikal percuma termasuklah respirasi, fagositosis, dalam sintesis prostaglandin dan dalam sistem sitokrom. Dalam usaha untuk atom radikal percuma mencapai keadaan stabil, ia akan menyerang molekul berdekatan untuk mendapatkan elektron. Apabila perkara ini berlaku, molekul tersebut akan rosak.

Situasi di atas boleh dibandingkan dengan suatu situasi di mana dalam satu barisan pelajar, setiap orang dibekalkan dengan sebiji epal, satu-satunya makanan yang mereka miliki untuk memperoleh tenaga. Tiba-tiba muncul seseorang yang mencuri epal tersebut daripada seorang pelajar yang bernama Adam. Kemudian, disebabkan tiada makanan lain, Adam mencuri pula buah epal tersebut daripada pelajar lain yang bernama Smith. Kejadian seperti ini berulang kepada pelajar-pelajar lain. Akhirnya, keharmonian pelajar-pelajar tersebut terjejas. Apa yang sepatutnya berlaku adalah kemunculan peladang yang datang membekalkan buah epal kepada pelajar-pelajar yang kehilangan buah epal tersebut. Peladang inilah dalam prinsip kimia dikenali sebagai antioksida.

Seperti kita sedia maklum, membrane sel yang terdapat di dalam badan manusia terdiri daripada lipid tak tepu. Akibat daripada “oxidative damage”, lipid yang digunakan untuk membina membrane sel akan menjadi lebih samaada mudah dihancurkan ataupun keras. Apabila membrane sel menjadi lebih keras ( lipid peroxidation), sel akan menjadi lebih sukar untuk menyerap nutrient, arahan daripada daripada sel lain sukar diterima dan banyak lagi aktiviti biologi suatu molekul terjejas. Oleh sebab itu, badan manusia amat memerlukan antioksida yang bertindak sebagai penyelamat di mana ia akan mendermakan electron kepada atom atau molekul radikal bebas.

Selain daripada vitamin C, vitamin E, vitamin A, beta carotene dan koenzim Q10, enzim-enzim separti glutathione peroxidase, catalase dan superoxide dismutase juga dikategorikan sebagai antioksida. Antara antioksida yang paling banyak terdapat di dalam badan manusia adalah glutathione.Glutathione, adalah sejenis tripeptide, L-g-glutamyl-L-cysteinyl-glycine, kumpulan thiol berjisim rendah yang paling banyak terdapat pada tumbuhan dan juga binatang. GSH mempunyai kurang toksid yang bergabung dengan cysteine, membuatkan bahan ini sesuai sel thiol “redox buffer” untuk kawal potensi redoks suatu thiol/disulfide. Di dalam sel, tisu dan plasma, glutathione hadir dalam berbagai bentuk.

Apabila suatu glutathione tersebut mengalami “oxidation”, ia akan lebih dikenali sebagai glutathione disulfide (GSSG ). GSH pula penting untuk perlindungan sel. Ia bertindak membasmi radikal bebas kumpulan hydroxyl yang sangat reaktif, radikal bebas untuk atom oksigen, radikal yang berpusat pada DNA dan biomolekul-biomolekul lain. GSH secara primarinya bertindak sebagai pelindung kulit, kornea dan retina bagi melawan kerosakan yang diakibatkan oleh radiasi. GSH juga adalah kofaktor penting untuk kebanyakan enzim yang memerlukan penurun thiol, dan membantu menetapkan tapak aktif sensitif redoks pada keadaan penurun yang diperlukan. Sel sistem thiol peringkat tinggi seperti metallothiniens, thioredoxins, dan protein pengawal redoks yang lain adalah di bawah kawalan paras GSH dan nisbah redoks GSH/GSSG. Keseimbangan GSH/GSSG penting untuk homeostasis, mensatbilkan spektrum biomolekul sel dan memudahkan pergerakan dan kehidupan sel. GSH juga terlibat dengan sintesis-sintesis neurotransmitter dan bertenaga melalui beberapa jalan metabolik.

Kesimpulannya :

“….Tidak ada yang tersembunyi bagiNya sekalipun seberat zarah baik yang di langit maupun yang di bumi, yang lebih kecil dari itu atau yang lebih besar, semuanya (tertulis)dalam kitab yang jelas ( Lauh Mahfuz).”
(Surah Saba’,34:3)

Semakin hari, semakin banyak yang dipelajari, semakin kerdil rasanya diri ini. Alhamdulillah, akhirnya hari ni dapat juga saya rasakan nikmat ilmu. Baru-baru ini dalam kelas pemakanan saya ada belajar mengenai penyusuan ibu. Menitis lagi air mata ni dalam kelas tersebut apabila menjumpai fakta-fakta yang membuat saya terasa kagum sangat dengan kekuasaan Allah s.w.t. MasyaAllah… Subhanallah…

Kepentingan penyusuan ibu kepada bayi seperti yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t. sememangnya tidak patut dipandang rendah oleh kita sebagai hamba Allah Yang Maha Berkuasa. Dapat dilihat masa kini, majoriti rakyat Malaysia khususnya para ibu yang tidak menyusukan anak. Fenomena ini amat bertentangan dengan apa yang diamalkan oleh masyarakat Barat. Pelik, masyarakat Barat pula yang mengamalkan ajaran Islam berbanding orang Islam sendiri. Allah s.w.t. telah berfirman :

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusui anak-anaknya selama dua tahun penuh, bagi yang ingin menyusui secara sempurna.”

(Surah Al-Baqarah, 2:233)

Di sini Allah telah menetapkan bahawa tempoh penyusuan yang sempurna adalah 24 bulan iaitu selama 2 tahun. Tetapi, pada zaman para sahabat, telah timbul khilaf antara Saidina Umar dan Saidina Ali. Telah datang seorang isteri yang melahirkan anak ketika kandungannya baru berusia enam bulan sedangkan pada waktu itu rata-rata isteri melahirkan anak ketika kandungan berusia 9 bulan. Seterusnya Saidina Ali membaca firman Allah yang berikut :

“Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungkannya dan telah melahirkannya dengan bersusah payah.Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.”

(Surah Al-Ahqaf, 46:15)

Ayat ini menyebutkan tempoh penyusuan adalah 30 bulan. Ayat ini membawa maksud tempoh sebenar penyusuan adalah 24 bulan maka baki 6 bulan lagi adalah tempoh ibu tersebut mengandung.

Dalam sirah Nabi Musa a.s., Allah s.w.t. telah berfirman :

“Dan kami ilhamkan kepada ibunya Musa, “Susuilah dia (Musa), dan apabila engkau khawatir terhadapnya maka hanyutkanlah dia ke Sungai (Nil). Dan janganlah engkau takut dan jangan (pula) bersedih hati, sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan menjadikannya seorang Rasul.”

(Surah Al-Qashash, 28: 7)

Menurut teori Sains, hormone Oksitosin yang dirembeskan oleh otak si ibu semasa menyusukan bayi akan member ketenangan kepada hati si ibu dan juga si anak. Sebab itulah Allah s.w.t. menyarankan ibu Nabi Musa a.s menyusukan anaknya sebelum menghanyutkan Nabi Musa bagi hilangkan keresahan hati yang di alami oleh si ibu dan juga tangisan Nabi Musa a.s.

Kemudian Nabi Musa a.s ditemui dan diambil oleh dayang istana Fira’un. Kerana rasa kasih dan sayang Asiah, beliau ingin membela Nabi Musa dan mencari ibu susuan untuk Nabi Musa a.s. Nabi Musa ketika itu menolak semua ibu susuan yang mahu menyusukannya. Allah s.w.t. telah berfirman :

“Dan kami cegah dia (Musa)menyusu kepada perempuan-perempuan yang mahu menyusui(nya) …..”

(Surah Al-Qashash, 28: 12)

Nabi Musa a.s. menolak kesemua ibu susuan kerana dia sudah merasai susu ibunya sendiri iaitu makanan pertama yang dijamah oleh Musa a.s. Akhirnya, ibu Nabi Musa datang menyamar sebagai ibu susuan dan bersatulah kembali ikatan antara ibu dan anak ini. Betapa ‘power’nya susu ibu.

Perangkaan statistik menunjukkan bahawa risiko kematian kanak-kanak di negara-negara membangun meningkat dari 10 hingga 15 kali ganda bagi mereka yang tidak menyusu ibu pada peringkat 3 bulan pertama. Kebanyakan daripada mereka yang menyusu botol mengalami cirit-birit dan kadang-kadang hingga boleh membawa maut.

Menurut kajian yang boleh dipercayai, komposisi susu ibu berubah seiring dengan peningkatan umur bayi.Itulah sebabnya mengapa ibu digalakkan memberi bayi susu ibu walaupun sudah mampu menelan pepejal lain. Hal ini kerana kuantiti kandungan lemak dan protein yang terdapat dalam susu ibu adalah sentiasa mengikut keperluan pembesaran bayi.

Sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu pertama yang akan dihasilkan adalah berwarna kekuningan. Susu ini dipanggil kolostrum. Khasiatnya adalah tiga kali lebih tinggi berbanding susu ibu biasa.Ia mengandungi antibodi dan lebih sel darah putih.Ia turut berfungsi sebagai peringkat pertama proses imunisasi. Statistik turut menunjukkan kadar kemasukan bayi yang menyusu ibu ke hospital adalah jauh lebih rendah berbanding bayi yang minum susu formula.

Bersambung.....

Hari ini...

Diri ini perlu sedar bahawa....

"Semua yang kukerjakan adalah hanya untuk mencari keredhaan Allah s.w.t., mengharapkan apa yang disediakan di sisiNya dan tidak mengharapkan hadiah dan ucapan terima kasih."


Hikam Said Hawa

"Qiyadah tak boleh tutup pintu muhasabah. Ahli wajib awasi pimpinan supaya mereka lurus. Ahli lalai muhasabah pimpinan adalah dosa kerana abai suruhan Allah. Qiyadah perlu suruh ahli muhasabah mereka, dan tidak boleh pisahkan hal peribadi dan tanzim. Masalah peribadi pimpinan adalah masalah jamaah. Qiyadah mesti muhasabah kepada Qa'id dan sesama sendiri"

- As-Syaikh Said Hawa, Jundullah.

Hai jiwaku..

Bertasbihlah dan solatlah!
Saat urusan-urusan berat menyerangmu.
Apabila hati telah merasa letih
Dari beban kehidupan yang melelahkan
Alirkan air mata, wahai jiwa
Lalu tumpahkanlah ia dalam solat
Sungguh Tuhan alam semesta mendengar
Tangisan jiwa memohon kasih-Nya...

Rasulullah s.a.w. sentiasa berdoa...

" Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada ilmu yang tidak memberi manfaat dan daripada hati yang tidak khusyuk dan daripada amalan yang tidak diangkat (tidak diterima) dan daripada doa yang tidak didengar (tidak dimakbulkan). " (Hadis riwayat Ahmad).

Persoalan Qaradhawi

"Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010

Ubat buat pejuang..

Jamaludin Al Afghani pernah menganggap ujian seperti buang daerah laksana melancung , penjara seperti istirehat dan dibunuh pula merupakan jalan pintas untuk menemui Allah swt sebagai kekasih yang dirindui . Sungguh dahsyat ibarat ini . Siapakah gerangannya yang mampu menganggap penjara sebagai tempat istirehat dan buang daerah sebagai pakej pelancungan jika ia bukan terdiri dari pejuang - pejuang Islam yang tinggi pergantungannya kepada Allah swt .

Ibnu Mas'ud pernah berucap...

"Siapa saja di antara kalian yang hendak mencari teladan, maka teladanilah para sahabat Muhammad s.a.w.;Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang paling baik hatinya dalam kalangan umat ini,paling dalam ilmunya, paling sedikit kepura-puraannya,paling teguh berpegang pada petunjuk, dan paling baik perilakunya.Mereka itu adalah kaum yang dipilih Allah s.w.t. untuk menemani Nabi s.a.w. dan menegakkan agamaNya."

Sunnah Perjuangan...

Kaisar Romawi ketika berbincang dengan Abu Sufyan pernah berkata, "Telah kutanyakan padamu tentang bagaimana peperangan kalian dengannya.Kamu mengatakan peperangan itu silih berganti;sesekali kalian menang dan lain waktu ia yang menang.Maka demikianlah keadaan semua rasul yang pernah ada;selalu dicoba dan memperoleh akibatnya."

Interaktif mukmin


ShoutMix chat widget