Untuk adikku..


Tabahlah menerima dugaan ni dik,
Usahlah berputus asa,
Ingat, Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Jauh di sudut hati kakakmu ini,
Terpendam suatu perasaan simpati dan kasihan yang amat sangat,
Tapi,
Kakakmu terpaksa pendam keresahan dan kesedihan ini supaya dikau tak terus berasa lemah,
Dik,
Allah tak beri kejayaan padamu pada masa ini
Supaya kau dapat merasai nikmat sebuah kejayaan pada masa akan datang,
Kakakmu yakin Allah akan beri padamu suatu yang amat tidak ternilai harganya,
Tetapi itupun seandainya kau kembali kepada jalan yang ditunjuki oleh Yang Maha Kuasa,
Kau patut bersyukur dik,
Walaupun kau gagal pada kali ini,
Ayahmu tak pernah sekalipun marah akan kegagalanmu,
Ingatlah kata-kata ayah dik,
"Tak apa, ada hikmah yang tersimpan di sebalik segala yang terjadi.."
Di sebalik kata-kata semangat itu,
Hati ayah mana tak kecewa dengan kegagalan anaknya dik,
Akak pernah dengar suara sayu ayah,
Sewaktu minta tolong buatkan sesuatu untuk bantumu dik..
Ayah selalu marah apabila kau malas,
Tetapi dia tak pernah marah apabila kau gagal,
Sebab apa..?
Sebab dia bukan nak lihat semata-mata sijilmu dik.
Dia hanya nak anak-anaknya jadi insan yang berguna..
Dik,
Ayah pernah amanahkan akak untuk didikmu dan beri tunjuk ajar padamu,
Minta maaf akak gagal melaksanakan amanah itu dik..
Minta maaf dik,
Seandainya kau membaca warkah ini,
Ingatlah pesan kakakmu ini,
Kembalilah kepada jalan Allah,
Akak akan cuba bantu apa yang termampu dik,
Ingat Allah itu Maha Penyayang,
Dia mengujimu kerana inginmu kembali dekat kepadaNya,
Bersyukurlah dengan ujian yang diberikanNya padamu dik...

Hari ini...

Diri ini perlu sedar bahawa....

"Semua yang kukerjakan adalah hanya untuk mencari keredhaan Allah s.w.t., mengharapkan apa yang disediakan di sisiNya dan tidak mengharapkan hadiah dan ucapan terima kasih."


Hikam Said Hawa

"Qiyadah tak boleh tutup pintu muhasabah. Ahli wajib awasi pimpinan supaya mereka lurus. Ahli lalai muhasabah pimpinan adalah dosa kerana abai suruhan Allah. Qiyadah perlu suruh ahli muhasabah mereka, dan tidak boleh pisahkan hal peribadi dan tanzim. Masalah peribadi pimpinan adalah masalah jamaah. Qiyadah mesti muhasabah kepada Qa'id dan sesama sendiri"

- As-Syaikh Said Hawa, Jundullah.

Hai jiwaku..

Bertasbihlah dan solatlah!
Saat urusan-urusan berat menyerangmu.
Apabila hati telah merasa letih
Dari beban kehidupan yang melelahkan
Alirkan air mata, wahai jiwa
Lalu tumpahkanlah ia dalam solat
Sungguh Tuhan alam semesta mendengar
Tangisan jiwa memohon kasih-Nya...

Rasulullah s.a.w. sentiasa berdoa...

" Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada ilmu yang tidak memberi manfaat dan daripada hati yang tidak khusyuk dan daripada amalan yang tidak diangkat (tidak diterima) dan daripada doa yang tidak didengar (tidak dimakbulkan). " (Hadis riwayat Ahmad).

Persoalan Qaradhawi

"Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010

Ubat buat pejuang..

Jamaludin Al Afghani pernah menganggap ujian seperti buang daerah laksana melancung , penjara seperti istirehat dan dibunuh pula merupakan jalan pintas untuk menemui Allah swt sebagai kekasih yang dirindui . Sungguh dahsyat ibarat ini . Siapakah gerangannya yang mampu menganggap penjara sebagai tempat istirehat dan buang daerah sebagai pakej pelancungan jika ia bukan terdiri dari pejuang - pejuang Islam yang tinggi pergantungannya kepada Allah swt .

Ibnu Mas'ud pernah berucap...

"Siapa saja di antara kalian yang hendak mencari teladan, maka teladanilah para sahabat Muhammad s.a.w.;Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang paling baik hatinya dalam kalangan umat ini,paling dalam ilmunya, paling sedikit kepura-puraannya,paling teguh berpegang pada petunjuk, dan paling baik perilakunya.Mereka itu adalah kaum yang dipilih Allah s.w.t. untuk menemani Nabi s.a.w. dan menegakkan agamaNya."

Sunnah Perjuangan...

Kaisar Romawi ketika berbincang dengan Abu Sufyan pernah berkata, "Telah kutanyakan padamu tentang bagaimana peperangan kalian dengannya.Kamu mengatakan peperangan itu silih berganti;sesekali kalian menang dan lain waktu ia yang menang.Maka demikianlah keadaan semua rasul yang pernah ada;selalu dicoba dan memperoleh akibatnya."

Interaktif mukmin


ShoutMix chat widget