Mendayu-dayu alunan takbir,
Memecahkan keheningan malam Syawal yang suci,
Malam kemenangan setelah bermujahadah,
Qudus....
Tulus...
Pasrah...

Gemersik bisikan takbir suci itu,
diiringi bersama linangan air mata,
Menyaksikan Ramadhan melangkah...berlalu...
Terlau sayu..sebak di dada...

Ya Allah... sungguh tidak terucap kesedihan ini.
Terlalu berbekas di dalam dada...sempit..
Memenuhi segenap rongga..
Longlai jiwa..nestapa..

Semuanya kerana Ramadhan..
berlalu..mengingsut-ingsut perlahan..

Tika karmizi mula kelam..
Dan Maghrib mula melabuhkan tirainya..
Bisikan cinta Takbir pujian pun membuka bicara..

Hati melaung!
Ramadhan..! Mengapa kau pergi Ramadhan?
Meninggalkan si yatim pahala?
Bersama dosa yang tidak terhapuskan?

Apa yang telah kami hasilkan wahai tetamu kami Ramadhan?
Mampukah Ramadhan kami memadamkan murkaNya?
Lantas meraih cinta dan kasihan belasNya?

Lantaran dosa dan noda menggunung..
Apatah lagi alpa untuk disucikan..pada Ramadhan
yang baru meninggalkan..
Sesal lagi..

Ia telah berlalu..seperti sebelum-sebelumnya..
Semuanya semata Syawal suci telah bertamu.
Mentaati Rabbnya agar mengambil tempatnya..
Menggantikan Ramadhan yang kembali..

Nukilan: Rashidy Jamil Muhammad Ar Rashid

Sejak Bumi ini disinari oleh cahaya Islam, puak-puak kafir yang secara fitrahnya dengki akan kebangkitan Islam telah melancarkan bermacam-macam serangan demi memadamkan api kemaraan Islam. Bermula dengan serangan bersenjatakan pedang sehinggalah bersenjatakan bom nuklear, impian mereka untuk menghancurkan Islam masih hanya tinggal impian. Memandangkan serangan secara kekerasan atau peperangan ini gagal membuahkan hasil yang lumayan, mereka bersepakat untuk bergerak dengan menggunakan serangan pemikiran ( Al-ghazwatu fikriah ). Serangan cara baru ini amat memberi kesan sehingga mereka mengabdikannya di dalam slogan :

“Apabila kamu gerun dan takut kepada senjata musuh, maka hendaklah kamu rosakkan pemikiran mereka, nescaya (sudah pasti) kamu dapat membunuhnya.”

Ekoran daripada itu lahirlah bermacam-macam kefahaman dari Barat seiring dengan peredaran arus perdana. Sekularisme, liberalisme, orientalisme dan isme-isme lain semuanya disebarkan bagi menghapuskan agama suci Allah s.w.t. di muka bumi ini. Walau apa pun perancangan jahat mereka, mereka tidak mungkin akan berjaya kerana kita yakin dengan nusrah ( pertolongan ) Allah s.w.t. :

“Mereka mengadakan tipu daya, sedangkan Allah juga mengadakan tipu daya. Sesungguhnya Allah jualah sebaik-baik pembuat tipu daya.” ( Surah Ali-Imran:54 )

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda :

“Tidak akan terjadi hari kiamat sehinggalah sampai masa orang-orang Yahudi memerangi umat Islam. Lalu umat Islam memerangi mereka sehingga mereka lari bersembunyi di sebalik batu-batu dan pokok-pokok . Batu-batu dan pokok-pokok lantas berkata : Wahai Muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada orang Yahudi, maka datanglah dan bunuhlah dia.”

Inilah mukaddimah untuk coretan-coretan yang selanjutnya. Bangunlah wahai umat Islam. Usahlah sekadar memandang dan mengeluh tanpa mengambil apa-apa tindakan. Musuh Islam sudah mula bangun untuk menyempurnakan perjanjian mereka. Sudah ramai umat Islam tidak kira sama ada yang masih bergelar Muslim pada identity cardnya atau tidak jatuh ke dalam genggaman mereka. Diharapkan ilmu yang disampaikan melalui coretan ini dapat membuka minda sahabat seangkatan tentang tangggungjawab yang belum tertunai.


Hari ini...

Diri ini perlu sedar bahawa....

"Semua yang kukerjakan adalah hanya untuk mencari keredhaan Allah s.w.t., mengharapkan apa yang disediakan di sisiNya dan tidak mengharapkan hadiah dan ucapan terima kasih."


Hikam Said Hawa

"Qiyadah tak boleh tutup pintu muhasabah. Ahli wajib awasi pimpinan supaya mereka lurus. Ahli lalai muhasabah pimpinan adalah dosa kerana abai suruhan Allah. Qiyadah perlu suruh ahli muhasabah mereka, dan tidak boleh pisahkan hal peribadi dan tanzim. Masalah peribadi pimpinan adalah masalah jamaah. Qiyadah mesti muhasabah kepada Qa'id dan sesama sendiri"

- As-Syaikh Said Hawa, Jundullah.

Hai jiwaku..

Bertasbihlah dan solatlah!
Saat urusan-urusan berat menyerangmu.
Apabila hati telah merasa letih
Dari beban kehidupan yang melelahkan
Alirkan air mata, wahai jiwa
Lalu tumpahkanlah ia dalam solat
Sungguh Tuhan alam semesta mendengar
Tangisan jiwa memohon kasih-Nya...

Rasulullah s.a.w. sentiasa berdoa...

" Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada ilmu yang tidak memberi manfaat dan daripada hati yang tidak khusyuk dan daripada amalan yang tidak diangkat (tidak diterima) dan daripada doa yang tidak didengar (tidak dimakbulkan). " (Hadis riwayat Ahmad).

Persoalan Qaradhawi

"Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010

Ubat buat pejuang..

Jamaludin Al Afghani pernah menganggap ujian seperti buang daerah laksana melancung , penjara seperti istirehat dan dibunuh pula merupakan jalan pintas untuk menemui Allah swt sebagai kekasih yang dirindui . Sungguh dahsyat ibarat ini . Siapakah gerangannya yang mampu menganggap penjara sebagai tempat istirehat dan buang daerah sebagai pakej pelancungan jika ia bukan terdiri dari pejuang - pejuang Islam yang tinggi pergantungannya kepada Allah swt .

Ibnu Mas'ud pernah berucap...

"Siapa saja di antara kalian yang hendak mencari teladan, maka teladanilah para sahabat Muhammad s.a.w.;Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang paling baik hatinya dalam kalangan umat ini,paling dalam ilmunya, paling sedikit kepura-puraannya,paling teguh berpegang pada petunjuk, dan paling baik perilakunya.Mereka itu adalah kaum yang dipilih Allah s.w.t. untuk menemani Nabi s.a.w. dan menegakkan agamaNya."

Sunnah Perjuangan...

Kaisar Romawi ketika berbincang dengan Abu Sufyan pernah berkata, "Telah kutanyakan padamu tentang bagaimana peperangan kalian dengannya.Kamu mengatakan peperangan itu silih berganti;sesekali kalian menang dan lain waktu ia yang menang.Maka demikianlah keadaan semua rasul yang pernah ada;selalu dicoba dan memperoleh akibatnya."

Interaktif mukmin


ShoutMix chat widget