Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang...


Alhamdulillah, segala pujian hanya untuk Allah Tuhan yang menciptakan sekelian alam kerana masih meminjamkan nyawa ini untuk terus berjalan di jalan ini bagi menyampaikan peringatan terutama sekali untuk diri sendiri..

Tanggal 20hb ni semua warga UKM akan memulakan hari baru di bumi UKM bagi semester ke-2 kecuali kepada yang membuat Latihan Industri di negeri masing-masing. Sudah bersediakah kita?

Beberapa hari yang lalu keputusan peperiksaan akhir semester untuk Semester 1 telah diumumkan. Sudah pasti keputusan tersebut masih terbayang-bayang di fikiran insan-insan yang telah melalui keperitan peperiksaan yang lalu.

"macam mane result dik?"

"alhamdulillah, innalillah.."

Antara jawapan yang biasa diberikan. Bersyukur dengan keputusan yang diperoleh, tetapi keputusan yang sekadar cukup-cukup makan.

Pada masa kini, keputusan sebegitulah yang lazimnya akan dilafazkan oleh para mujahid dan mujahidah termasuklah diri ini sendiri. Semuanya mantap dari sudut da'wah tetapi lemah dari sudut akademik. Kadang-kadang ada juga yang da'wahnya tidaklah seberapa, tetapi akademiknya mantap. Tidak ketinggalan juga golongan yang lemah da'wahnya, dan lemah juga akademiknya.

Itulah jenis-jenis kumpulan yang dapat kita lihat di dunia kampus ini. Hakikatnya, kedua-dua study dan da'wah amat penting bagi diri seorang dai'e. Layakkah kita digelar pejuang sekiranya setiap hujung minggu sibuk berprogram sedangkan pada masa yang sama memburukkan nama Islam keputusan yang teruk?

"Itulah, setiap malam orang lain busy study kimia, dia sibuk berusrah, study Islam kononnya, padahal yang keluar exam soalan kimia bukan tentang kajian Islam, kan dah dapat keputusan teruk...ishk3.."

Tak pasal-pasal dapat tohmahan daripada kawan sendiri. Sekiranya tohmahan itu dilemparkan kepada diri sendiri tidak mengapa, sedangkan kawan kita, mad'u pula tu, melemparkan tohmahan terhadap ilmu Islam sendiri. Secara automatik, exam gagal, da'wah pun gagal.

Wahai para mujahid dan mujahidah!

Yang berlalu biarkan berlalu. Gagal sekali tidak bermaksud gagal buat selama-lamanya. Memang benar adakalanya kita berasa amat tidak berdaya untuk teruskan perjalanan ini meskipun hanya tinggal satu semester lagi.

"Akak rasa dah nak pancit dik, akak dah tak larat nak teruskan pelajaran lagi dah..."

Kakakku.. Cuba akak hayati ayat ni..

"Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui." ( At-Taubah,9:41)

Ayat ini sudah pasti melekat di ingatanmu dan ingatan para mujahid dan mujahidah yang lain. Tetapi mungkin ia hanya melekat di situ tetapi bukan di hati. Diakui bahawa kita sendiri pun tahu jihad bukanlah sekadar bergerak kerja, sedangkan menuntut ilmu itu pun suatu jihad. Betapa bersalahnya kita apabila kita berputus asa dari jalan ini. Lagi ayat untuk motivasikan diri,

"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah berserta orang-orang yang berbuat baik."
(Al-Ankabut, 30:69)

Yakinlah dengan janji Allah. Usahlah berasa lemah dan berputus asa, kerana Allah telah janjikan pelbagai jalan untuk memudahkan pejuan-pejuang agamaNya.

Wahai diri, ketahuilah pentingnya ilmu untuk teruskan da'wah Islam ini. Sudah berapa banyak kita ditipu oleh puak Yahudi kerana kecetekan ilmu. Sudah berapa banyak makanan dan budaya yang mereka suap kepada kita untuk menghancurkan fikiran umat Islam. Umat Islam makin tertindas. Di Palestin umat Islam ditindas dengan penyeksaan, tetapi di Malaysia umat Islam ditindas dengan hiburan, makanan dan sebagainya.

Di Palestin, setidak-tidaknya mereka memperolehi syahid dek penyeksaan Yahudi, kita di sini belum tentu beroleh syahid ataupun tidak. Kita hanyut dengan nikmat makanan, keselesaan, hiburan dan sebagainya sehingga terasa sukar untuk berjuang. Segala ilmu termasuklah sains, nuklear, sosial, undang-undang dan sebagainya adalah amat penting untuk kita tewaskan puak Yahudi laknatullah. Penat sikit assignment ke mana da'wah pun entah ke mana..tetapi mengaku pejuang agama Allah..

" Tak sempat nak study la kak..masa tak cukup.."

Alasan ni pun sering kita dengar. Masa untuk pejuang agama Allah memang tak cukup. Sebab itulah setiap masa perlu dihargai sebaiknya, Allah pernah berfirman :

"Sungguh beruntung orang-orang yang beriman, (iaitu) orang yang khusyuk dalam solatnya, dan orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna."
(Al-Mu'minin,23:2-3)

Ketidakcukupan masa bukanlah halangan untuk berjaya. Sedangkan illmuwan Islam dulu seperti Ibnu Khaldun jauh lebih sibuk berda'wah menaikkan kegemilangan Islam tetapi turut berjaya dalam bidang akademik. Ini kerana beliau tidak disibukkan dengan perkara-perkara lagho. Beliau tidak meluangkan masa untuk perkara tidak berfaedah seperti menonton movie, bual-bual kosong, bershopping dan seangkatan dengannya. Masa tidurnya pun pendek, bukan macam kita sekarang, lepas Subuh pun sambung tidur semula..

Dalam pengurusan masa, usahlah bertaangguh dalam melaksanakan sesuatu kerja kerana sesungguhnya bertangguh itu amalan syaitan. Saidina Ali pernah berpesan kepada seorang Gabenor Mesir yang baru dilantik :

"Janganlah engkau bertangguh-tangguh apabila sudah tiba masa untuk melakukannya."

"Sesungguhnya masa itu ibarat pedang. Jika kamu tidak memotongnya ia akan memotongmu."
Kata-kata Rasulullah s.a.w. ini amat penting untuk dijadikan panduan oleh seorang dai'e.

Wahai diri..

"Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bagianmu di dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sungguh, Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan." (Al-Qasas, 28:77)

" Ya Allah, ampunilah hamba-hambaMu ini,..bukan niat kami untuk membawa fitnah kepada Islam, tetapi kami adalah hambaMu yang lemah Ya Allah..Kuatkanlah hamba-hambaMu dalam menelusuri jalan ini.."

Dunia kampus adalah dunia hanya untuk da'wah dan study. Tiada masa untuk dibazirkan kerana masa akan datang adalah suatu yang tidak pasti. Usahlah bertangguh dalam berda'wah dan study kerana,

"Dan setiap umat mempunyai ajal (batas waktu). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan walau sesaat pun."
(Al-A'raf,7:34)

There are no time to be wasted!

Hari ini...

Diri ini perlu sedar bahawa....

"Semua yang kukerjakan adalah hanya untuk mencari keredhaan Allah s.w.t., mengharapkan apa yang disediakan di sisiNya dan tidak mengharapkan hadiah dan ucapan terima kasih."


Hikam Said Hawa

"Qiyadah tak boleh tutup pintu muhasabah. Ahli wajib awasi pimpinan supaya mereka lurus. Ahli lalai muhasabah pimpinan adalah dosa kerana abai suruhan Allah. Qiyadah perlu suruh ahli muhasabah mereka, dan tidak boleh pisahkan hal peribadi dan tanzim. Masalah peribadi pimpinan adalah masalah jamaah. Qiyadah mesti muhasabah kepada Qa'id dan sesama sendiri"

- As-Syaikh Said Hawa, Jundullah.

Hai jiwaku..

Bertasbihlah dan solatlah!
Saat urusan-urusan berat menyerangmu.
Apabila hati telah merasa letih
Dari beban kehidupan yang melelahkan
Alirkan air mata, wahai jiwa
Lalu tumpahkanlah ia dalam solat
Sungguh Tuhan alam semesta mendengar
Tangisan jiwa memohon kasih-Nya...

Rasulullah s.a.w. sentiasa berdoa...

" Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada ilmu yang tidak memberi manfaat dan daripada hati yang tidak khusyuk dan daripada amalan yang tidak diangkat (tidak diterima) dan daripada doa yang tidak didengar (tidak dimakbulkan). " (Hadis riwayat Ahmad).

Persoalan Qaradhawi

"Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010

Ubat buat pejuang..

Jamaludin Al Afghani pernah menganggap ujian seperti buang daerah laksana melancung , penjara seperti istirehat dan dibunuh pula merupakan jalan pintas untuk menemui Allah swt sebagai kekasih yang dirindui . Sungguh dahsyat ibarat ini . Siapakah gerangannya yang mampu menganggap penjara sebagai tempat istirehat dan buang daerah sebagai pakej pelancungan jika ia bukan terdiri dari pejuang - pejuang Islam yang tinggi pergantungannya kepada Allah swt .

Ibnu Mas'ud pernah berucap...

"Siapa saja di antara kalian yang hendak mencari teladan, maka teladanilah para sahabat Muhammad s.a.w.;Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang paling baik hatinya dalam kalangan umat ini,paling dalam ilmunya, paling sedikit kepura-puraannya,paling teguh berpegang pada petunjuk, dan paling baik perilakunya.Mereka itu adalah kaum yang dipilih Allah s.w.t. untuk menemani Nabi s.a.w. dan menegakkan agamaNya."

Sunnah Perjuangan...

Kaisar Romawi ketika berbincang dengan Abu Sufyan pernah berkata, "Telah kutanyakan padamu tentang bagaimana peperangan kalian dengannya.Kamu mengatakan peperangan itu silih berganti;sesekali kalian menang dan lain waktu ia yang menang.Maka demikianlah keadaan semua rasul yang pernah ada;selalu dicoba dan memperoleh akibatnya."

Interaktif mukmin


ShoutMix chat widget