"Aduh, peningnya... Paper ni cakap macam ni tapi paper itu pula cakap lain. Mana satu yang betul ni? Aduh, betul-betul memeningkan. Tension betul!" Keluh seorang sahabat yang sedang tekun menelaah suratkhabar.
Begitulah situasi hari ini. Situasi hari-hari yang semakin menghampiri kiamat. Kepalsuan, penipuan dan fitnah semakin bermaharajalela. Kebenaran disembunyikan di bawah karpet dan dipijak-pijak.
Sebagai buktinya kes Lingam yang ditutup baru-baru ini.Suruhanjaya Siasatan Diraja sendiri mengesahkan bahawa peguam tersebut, Lingam, terlibat secara langsung dalam mempengaruhi perlantikan hakim-hakim mahkamah tertinggi negara.
Suruhanjaya tersebut turut mengesyorkan supaya siasatan dijalankan ke atas pihak-pihak yang terlibat dalam skandal kehakiman tersebut seperti bekas Perdana Menteru Tun Mahathir, bekas Ketua Hakim Negara, Tun Eusoff Chin, Tun Ahmad Fairuz, Tan Sri Vincent Tan, dan Setiausaha Agung UMNO,Tengku Adnan Tengku Mansor.
Yang menambah kerut di dahi ini mengapa SPRM menutup kes ini hanya dengan alasan tiada saksi utama walaupun Lingam telah disahkan bersalah oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja? Persoalan yang entah akan menemui jawapan atau tidak.
Dunia saat ini amat dipenuhi dengan kebohongan, penipuan dan fitnah. Sebagaimana yang disabdakan Rasulullah s.a.w. :
"Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh tipuan (sanawaatun khaddaa'ah), di mana akan dibenarkan padanya orang yang dusta, dan akan didustakan orang yang benar. Akan dipercaya orang yang khianat, dan akan dituduh berkhianat orang yang benar."
Serta akan bertutur padanya Ruwaibidhah. Maka ada yang menanyakan, " Apakah itu Ruwaibidhah, Ya Rasulullah ?" Dijawab,
"Iaitu orang yang bodoh dan hina ditugaskan menangani kepentingan umum."
(HR Ibnu Majah)
Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda :
" Sesungguhnya sebelum datangnya hari Kiamat akan banyak kesaksian palsu (syahadatuz-zur) dan disembunyikan kesaksian yang benar."
(Musnad Imam Ahmad)
Kesaksian palsu (syahadatuz-zur) adalah kebohongan yang disengajakan untuk kepentingan tertentu. Dengan kesaksian palsu ini, sesuatu yang benar itu dapat dibatalkan. Begitu juga apabila kesaksian benar disembunyikan, sesuatu yang benar itu turut terbatal. Seperti yang dilihat pada hari ini, terlalu banyak fitnah yang bertebaran seperti bertebarnya debu di padang pasir.
Semuanya semata-mata kerana cintakan dunia sehinggakan ada yang sanggup melemparkan fitnah kepada para ulama'. Marilah kita sama-sama berlindung kepada Allah s.w.t. daripada fitnah yang besar ini. Allah s.w.t. berfirman,
"Dan janganlah kamu menyembunyikan kesaksian. Dan barangsiapa yang menyembunyikan kesaksian maka berdosalah hatinya."
(Al-Baqarah : 283)
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda :
" Kesaksian palsu telah disamakan (dosanya) dengan menyekutukan Allah."
( HR Abu Daud )
Islam amat menekankan hal ini kerana kesaksian palsu atau fitnah kerana perkara ini boleh mengundang kezaliman, penindasan, perpecahan ummah, penyelewengan dan perampasan hak-hak asasi manusia. Dan banyaknya fitnah ini juga menunjukkan bahawa dunia telah dicemari oleh nafsu-nafsu Dajjal.
Abu Bakrah r.a. meriwayatkan bahawa, " Kami pernah berada di sisi Rasulullah s.a.w. lalu beliau bertanya,
"Maukah aku tunjukkan kepadamu dosa yang paling besar? Dosa terbesar ada tiga macam iaitu ; menyekutukan Allah dengan sesuatu (syirik), derhaka kepada kedua orang tua dan kesaksian atau perkataan-perkataan palsu."
( HR Muslim )
Dalam usaha menghadapi cabaran dunia yang semakin menyakitkan masa kini, seluruh kaum Muslimin perlu bersabar dan terus bersikap proaktif, dan jangan bertindak terlalu reaktif sehinggakan menghancurkan umat ini.
Wallahua'alam...
katanya kau seorang pejuang
tapi ikhtilat mu tidak dijaga
katanya kau seorang pejuang
tapi kau masih assobiyyah
katanya kau seorang pejuang
tapi ibadah mu dan amalanmu masih seperti dahulu
katanya kau seorang pejuang
kau masih layan tv , movie dan game dgn alasan nak release tension
katanya kau seorang pejuang
cinta dunia masih menempati hatimu berbanding cinta allah dan rasulNYA
katanya kau seorang pejuang
kau sibuk update isu semasa berbanding AL QURAN 1juz sehari
katanya kau seorang pejuang
kau xpun berdakwah
katanya kau seorang pejuang
kau masih layan muzik-muzik yang lagha
katanya kau seorang pejuang
tapi sering beralasan untuk dakwah dan jihad
katanya kau seorang pejuang
kau lebih bela jemaah berbanding islam
katanya kau seorang pejuang
kau masih ada karat jahiliyyah dihatimu tanpa usaha membuangnya
katanya kau seorang pejuang
mutabaah ibadahmu sangat menyedihkan
katanya kau seorang pejuang
ukhuwwahmu hanya untuk kepentinganmu bukan kepentingan ummat
katanya kau seorang pejuang
kau sering tinggal QIAMULLAIL berbanding mengamalkannya
katanya kau seorang pejuang
berapa banyak ummat yang kau ziarah?
katanya kau seorang pejuang
kau sering menyalahkan orang lain berbanding diri sediri akibat lalai kerana tidak berdakwah
katanya kau seorang pejuang
kau lebih banyak berdakyah berbanding berdakwah
katanya kau seorang pejuang
tapi masa rehatmu lebih banyak berbanding masa berdakwah
katanya kau seorang pejuang
tapi untuk berinfaq saja kau sudah kikir
katanya kau seorang pejuang
hidupmu masih senang lenang dan mewah
katanya kau seorang pejuang
kau sudah menganggap dirimu mulia sedangkan kau harus lebih tawadhuk
katanya kau seorang pejuang
kau jarang sekali menangis untuk bertaubat
katanya kau seorang pejuang
kau masih seronok dengan maksiat di sekitarmu
katanya kau seorang pejuang
kau tidak rasa apa-apa bila berbuat maksiat
katanya kau seorang pejuang….