Tanggal 23 Oktober 2009 yang lalu, Perdana Menteri Malaysia yang ke-6, Datuk Seri Najib Razak telah membentangkan bajet sulungnya sejak menjadi Menteri Kewangan iaitu Bajet 2010. Seperti pembentangan bajet yang lalu, pelbagai respon timbul setelah bajet selesai dibacakan di Parlimen. Ada yang tidak berpuas hati, ada yang menyokong seratus peratus dan ada juga yang mendengarnya sekadar angin lalu.

Setelah membaca isi-isi ucapan bajet tersebut berulang kali, ia kelihatan seperti lebih memihak kepada 'pemerintah'. Tema yang manis turut digunakan iaitu "1 Malaysia, Kemakmuran Bersama" bagi memikat hati rakyat.Hal ini bukanlah suatu yang aneh kerana sudah menjadi tradisi turun-temurun bagi pemimpin Malaysia untuk menggunakan tema yang manis bagi memikat hati rakyat.

Menurut ucapan Bajet 2010, sebagai salah satu langkah bagi menampung keperluan perbelanjaan yang kian meningkat dan mengurangkan paras hutang negara yang semakin tinggi iaitu dengan memperkenalkan GST. Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan GST? 'GST' dalam bahasa Inggerisnya adalah Good and Services Tax manakala dalam bahasa Malaysia adalah Cukai Barangan dan Perkhidmatan.

Sebelum menulis lebih jauh, peringatan untuk diri sendiri bahawa tujuan saya menulis ini bukanlah untuk membangkang tetapi untuk mengkaji keberkesanan sistem ekonomi Barat yang diamalkan di negara kita yang dikatakan sebagai sebuah negara Islam. Hal ini kerana, apabila mengimbau semula sejarah pemerintahan khulafa' ar-rasyidin, sumber utama ekonomi sesebuah negara Islam adalah :

  • Zakat : Kadar harta yang dikeluarkan oleh orang Islam terhadap harta-harta tertentu
    yang mencukupi had minimum (nisab) menurut syarat-syarat tertentu.
  • Kharaj : Cukai tanah milik bukan Islam. Cukai juga dikenakan ke atas tanah orang
    Islam yang diperoleh melalui peperangan.
  • Ghanimah : Harta rampasan perang.
  • Fa'i : Harta yang diperoleh melalui jalan perdamaian setelah pihak musuh menyerah kalah.
  • Jizyah : Bayaran yang dikenakan kepada orang bukan Islam yang mendiami negara Islam.
  • U'syur : Kadar bayaran tetap yang dikenakan ke atas kapal perdagangan bukan Islam.
Jelaslah di sini bahawa ekonomi negara Islam pada masa tersebut bukanlah bersumberkan cukai yang dikenakan ke atas orang Islam. Sebaliknya, sistem cukai yang ingin dilaksanakan pada masa kini adalah salah satu sumber pendapatan terbesar puak-puak kapitalis. Hal ini kerana, melalui sistem cukai, golongan kaya menjadi bertambah kaya manakala golongan miskin pula menjadi bertambah miskin.

Sebagai contohnya, dengan terlaksananya GST, harga barangan automatik akan meningkat kerana barangan dan perkhidmatan yang dibeli oleh pengguna dikenakan cukai. Golongan berpendapatan tinggi mungkin kurang terkesan terhadap fenomena baru tersebut. Tetapi, golongan berpendapatan rendah khususnya pekerja-pekerja kilang pasti akan lelah dengan fenomena tersebut. Mereka yang dulunya makan nasi dua kali sehari kini terpaksa kurangkan kepada sekali sehari.

Dalam erti kata lain GST merupakan sejenis cukai penggunaan yang berasaskan konsep nilai ditambah. Melalui pelaksanaan GST, penjual atau pembekal yang mendaftar untuk mengutip GST akan menjadi ejen cukai yang menyalurkan hasil kutipan tersebut kepada pihak kerajaan. Lazimnya, pihak penjual atau pembekal boleh mendaftar untuk mengutip GST sekiranya jumlah jualan tahunan bagi produk atau perkhidmatan yang dibekal melebihi jumlah yang ditetapkan.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Menteri Kewangan Kedua Malaysia, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah, kesemua negara di rantau Asia Tenggara ini telah melaksanakan sistem GST tersebut kecuali tiga buah negara sahaja iaitu Malaysia, Brunei dan Myanmar. Menurutnya lagi, sebanyak 143 buah negara telah melaksanakan GST. Ada yang mengatakan GST menjadi pilihan kerana ia adalah sistem yang paling luas asasnya dan paling produktif.

Kerajaan menjangka pendapatan negara akan meningkat sebanyak RM1billion melalui pelaksanaan GST bagi menggantikan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan. Untuk mencapai matlamat ini, kajian yang mendalam terhadap GST perlu dilakukan bagi memastikan kejadian di Kanada tidak berulang kembali. Secara realistiknya, di Kanada, kerajaan Parti Progresif Konservatif pimpinan Perdana Menteri Brian Mulroney tumbang pada 1993 apabila memperkenalkan GST pada 1989.

Dalam masa yang sama, pensyarah Pengurusan Perniagaan dan Ko-ordinator Pusat Informasi Usahawan di Kolej Profesional Mara, Melaka, menyatakan pelaksanaan GST dapat mengurangkan bebanan pembayar cukai pendapatan yang sebenarnya minoriti. Beliau menyarankan GST dimulakan pada kadar yang rendah sebelum dinaikkan ke kadar yang lebih tinggi.

Yang menjadi persoalan di sini, sejauh manakah sistem ideologi Barat ini akan membantu meningkatkan ekonomi negara? Mengapakah manusia lebih memilih sistem yang digariskan oleh Barat berbanding sistem yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.? Mengapa rakyat perlu dizalimi terlebih dahulu sebelum mendapat hak mereka?

Hari ini...

Diri ini perlu sedar bahawa....

"Semua yang kukerjakan adalah hanya untuk mencari keredhaan Allah s.w.t., mengharapkan apa yang disediakan di sisiNya dan tidak mengharapkan hadiah dan ucapan terima kasih."


Hikam Said Hawa

"Qiyadah tak boleh tutup pintu muhasabah. Ahli wajib awasi pimpinan supaya mereka lurus. Ahli lalai muhasabah pimpinan adalah dosa kerana abai suruhan Allah. Qiyadah perlu suruh ahli muhasabah mereka, dan tidak boleh pisahkan hal peribadi dan tanzim. Masalah peribadi pimpinan adalah masalah jamaah. Qiyadah mesti muhasabah kepada Qa'id dan sesama sendiri"

- As-Syaikh Said Hawa, Jundullah.

Hai jiwaku..

Bertasbihlah dan solatlah!
Saat urusan-urusan berat menyerangmu.
Apabila hati telah merasa letih
Dari beban kehidupan yang melelahkan
Alirkan air mata, wahai jiwa
Lalu tumpahkanlah ia dalam solat
Sungguh Tuhan alam semesta mendengar
Tangisan jiwa memohon kasih-Nya...

Rasulullah s.a.w. sentiasa berdoa...

" Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada ilmu yang tidak memberi manfaat dan daripada hati yang tidak khusyuk dan daripada amalan yang tidak diangkat (tidak diterima) dan daripada doa yang tidak didengar (tidak dimakbulkan). " (Hadis riwayat Ahmad).

Persoalan Qaradhawi

"Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010

Ubat buat pejuang..

Jamaludin Al Afghani pernah menganggap ujian seperti buang daerah laksana melancung , penjara seperti istirehat dan dibunuh pula merupakan jalan pintas untuk menemui Allah swt sebagai kekasih yang dirindui . Sungguh dahsyat ibarat ini . Siapakah gerangannya yang mampu menganggap penjara sebagai tempat istirehat dan buang daerah sebagai pakej pelancungan jika ia bukan terdiri dari pejuang - pejuang Islam yang tinggi pergantungannya kepada Allah swt .

Ibnu Mas'ud pernah berucap...

"Siapa saja di antara kalian yang hendak mencari teladan, maka teladanilah para sahabat Muhammad s.a.w.;Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang paling baik hatinya dalam kalangan umat ini,paling dalam ilmunya, paling sedikit kepura-puraannya,paling teguh berpegang pada petunjuk, dan paling baik perilakunya.Mereka itu adalah kaum yang dipilih Allah s.w.t. untuk menemani Nabi s.a.w. dan menegakkan agamaNya."

Sunnah Perjuangan...

Kaisar Romawi ketika berbincang dengan Abu Sufyan pernah berkata, "Telah kutanyakan padamu tentang bagaimana peperangan kalian dengannya.Kamu mengatakan peperangan itu silih berganti;sesekali kalian menang dan lain waktu ia yang menang.Maka demikianlah keadaan semua rasul yang pernah ada;selalu dicoba dan memperoleh akibatnya."

Interaktif mukmin


ShoutMix chat widget