Untuk adikku..
Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang...
Alhamdulillah..segala pujian bagi Allah yang telah menciptakan seluruh alam semesta. Hari ini masih diberi nyawa untuk melakarkan sedikit coretan sebagai peringatan kepada diri sendiri dan juga sahabat-sahabat.
Seusia begini, seringkali kita diajak untuk membicarakan soal jodoh tetapi amat jarang sekali untuk diajak membicarakan soal ajal, kematian. Apabila diajak membicarakan soal jodoh, lazimnya secara spontan bibir akan mengukir senyuman dan mulalah hati terasa berbunga-bunga. Bertentangan pula apabila diajak membicarakan soal maut. Wajah akan mula mengukir kemuraman dan hati mula gelisah. Oleh sebab yang demikian, ramai di antara kita yang cenderung memilih untuk membicarakan soal jodoh berbanding soal mati sehinggakan kadang-kadang terlupa akan kematian yang pasti.
Itulah lumrah hidup seorang manusia. Lebih suka untuk membicarakan persoalan-persoalan yang menggembirakan hati mereka daripada membicarakan persoalan-persoalan yang akan menggusarkan dan menyedihkan mereka. Tetapi manusia seharusnya menerima hakikat bahawa persoalan-persoalan yang menyedihkan dan menggusarkan hati pada fikiran mereka itulah sebenarnya yang lebih akan mendekatkan dan mengingatkan diri kepada Allah s.w.t. Benar kata Rasulullah s.a.w. Terpadam terus nafsuku untuk dunia tatkala mengingati lahad.
Kelazatan dunia seringkali mengalpakan manusia khususnya diriku dari mengingati 'the next stage' yang bakal kutempuhi iaitu hari pembalasan. Apabila direnungkan kembali kisah-kisah salafussoleh dan ulama'-ulama' terdahulu, mereka telah menjadikan mati sebagai penasihat kepada diri mereka daripada terus alpa dengan kelazatan dunia. Rasulullah s.a.w. sendiri pernah mengingatkan para sahabatnya untuk sentiasa mengingati mati.
Sabda Rasulullah s.a.w. :
Seringkali kita mendengar pujian diberikan kepada orang-orang yang mendapat anugerah dekan di universiti.Kita sering mengatakan bijaknya dia dapat anugerah dekan setiap semester. Tetapi harus diingatkan di sini bahawa Allah tidak memandang anugerah dekan yang kita peroleh. Tidak layak untuk dikatakan bijak sekiranya kita sering mendapat anugerah dekan tetapi tidak bertaqwa kepada Allah s.w.t. Orang yang sebenar-benar cerdik adalah orang yang paling banyak mengingati mati.
Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda :
Apabila membicarakan soal jodoh akan terbayang kebahagiaan sebuah keluarga yang terbina tetapi apabila membicarakan soal ajal akan terbayang di minda seksaan-seksaan kubur yang bakal diterima bersendirian di sana nanti. Memang benar kematian adalah suatu yang menakutkan. Sebut sahaja tentang mati, akan terkenang kembali segala dosa, hutang dan amanah yang belum terlangsai. Akan terasa betapa kerdil dan hinanya diri ini.
Apabila ditanya kubur yang macam mana yang kamu inginkan, sudah pasti kita mengatakan suatu kubur yang luas, bukan yang sempit dan bukan yang akan menghancurkan tulang temulang kita.
Apabila dikatakan kubur adalah lorong ke syurga sudah pasti semua manusia tidak berasa takut untuk memasuki alam barzakh tetapi apa yang menakutkan manusia tentang kematian adalah bimbang sekiranya kubur itu akan menjadi lorong ke neraka jahanam.
Allah s.w.t. pernah berfirman :
(Surah Al-A'raf, 7:179)
Masa yang masih berbaki ini gunalah sebaik-baiknya. Persiapkanlah diri kita menuju ke destinasi yang pasti iaitu mati. Sungguh sedikit amal yang kita lakukan tetapi terlalu banyak dosa yang telah dilakukan. Dosa kita sesama manusia pun banyak lagi yang tidak kita sedari. Walau segagah manapun kita, walau setinggi mana pun jawatan yang dipegang, ia bukanlah penghalang kepada malaikat Izrail untuk mendatangi dan mecabut nyawa yang dipinjamkan ini.
Firman Allah s.w.t. :
(Surah An-Nisa', 4:78)
Ajal itu datang tanpa mengira waktu. Mungkin saat ini tangan ini masih mampu menaip, tetapi adalah tidak mustahil selepas menamatkan penulisan ini nyawa ini akan dikembalikan kepada peminjamnya dan tangan ini menjadi terus kaku. Mungkin juga ini adalah amal terakhir yang diri ini mampu lakukan.
Allah s.w.t. telah menyatakan di dalam Al-Quran :
(Surah Al-A'raf, 7:34)
Terjumpa satu hadith yang berbunyi, Siti Aisyah r.a. berkata, :
Cukupkah diri ini mengingati mati sebanyak 20 kali sehari...? Sama-samalah bermuhasabah diri dengan memperbanyakkan mengingati mati dan sediakan persiapan-persiapan ke arah kematian itu. Tidak salah membicarakan soal jodoh tetapi banyakkanlah membicarakan soal mati kerana kematian kaunselor yang terbaik.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah..Setelah sekian lama menyepi, hari ini diberikan sedikit masa untuk menulis.
Dalam kesibukan menyiapkan report Food Processing Technology yang sekian lama tertangguh, diri ini menjumpai banyak perkara yang menyebabkan saya termangu seketika.Mana tidaknya, dalam mencari-cari maklumat mengenai Homogenization of Milk, saya terjumpa satu fakta yang agak merisaukan.
Secara umumnya, perlu diketahui bahawa kebanyakan susu di pasaran dan hampir kesemua dairy food product mengalami proses homogenization untuk menambahkan jangka hayat susu dan makanan tersebut. Homogenization ini sebenarnya adalah suatu proses yang menggunakan tekanan tinggi terhadap cecair untuk membahagikan molekul cecair tersebut kepada saiz yang lebih dan paling kecil.
Dalam bahasa mudahnya, dengan wujudnya proses homogenization, penggumpalan susu dapat dielakkan dan susu akan menjadi lebih stabil sekaligus memanjangkan jangka hayat susu tersebut. Yang mengejutkan, ada satu fakta hasil daripada kajian yang dibuat oleh Oster, pensyarah sebuah universiti di Eropah, proses homogenization tersebut boleh membawa kepada penyakit jantung. Ada pihak yang menyangkal fakta tersebut, tetapi, sebagai langkah keselamatan, perkara sebegini perlu diberi perhatian.
Semalam pula, terjumpa juga satu fakta lain yang agak meresahkan. Iaitu mengenai keju. Menurut kajian yang telah dijalankan, kebanyakan keju yang berada di pasaran ditambah bahan pepsinogen (dari perut lembu) ataupun renet ( dari perut khinzir) untuk membuatkan keju itu membeku.Khinzir tu dah memang haram untuk dimakan.Lembu pula, kita belum tahu bagaiman ia disembelih..Semuanya memusykilkan jadi lebih baik tinggalkan aje. Fakta sebegini mungkin akan mengecewakan sesetengah pihak tetapi itulah hakikat yang perlu diterima masyarakat zaman sekarang.
Fakta lain pula sedikit mengenai soya. Di Malaysia, soya dipasarkan dengan rancaknya. Pihak Barat turut membuat fakta bahawa soya mengandungi kandungan protein yang tinggi dan boleh menggantikan susu. Pernah suatu ketika, mereka pernah menyatakan soya lebih baik daripada minyak kelapa sawit yang mana pada ketika itu sumber utama ekonomi negara Malaysia.Sedangkan di Amerika Syarikat sendiri, soya hanyalah sebagai makanan binatang ternakan.
Disebabkan majoriti rakyat Malaysia amat sukakan soya, tidak kira dalam bentuk susu ataupun tempe, fakta ini amat perlu diberi perhatian. Apa yang saya nampak adalah ianya adalah suatu propaganda halus yang dibawa oleh puak Barat.Mengikut apa yang saya pelajari dalam kuliyah beberapa bulan yang lalu, kandungan protein yang terdapat dalam susu teramatlah rendah Ia sama sekali tidak boleh menggantikan susu.
Ini mungkin teknik halus orang Yahudi dalam usaha menjauhkan umat Islam daripada sunnah Rasulullah s.a.w. Ramai orang tahu bahawa minum susu adalah suatu sunnah yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Ini adalah satu usaha Yahudi supaya umat Islam tidak beramal dengan ajaran Rasulullah s.a.w. kerana bagi mereka :
"The best way is...back to the Al-Quran dan As-sunnah!!!"
Banyak ciptaan manusia dihasilkan demi memudahkan kerja dan mengaut keuntungan. Tetapi hasil yang diperoleh, pasti ada keburukan yang mendatang. Contoh-contoh di atas sudah cukup membuktikan walau sehebat mana sekalipun manusia merekacipta, sesungguhnya hanya Allah adalah sebaik-baik Pencipta.
Benarlah firman Allah s.w.t. :
Itulah hakikat ciptaan Allah s.w.t. Susu lembu pada asalnya baik, tetapi setelah dimasukkan bahan oleh manusia bagi mempercepatkan pembiakannya automotik susu itu menjadi bahaya kepada manusia.Ini tidak bermakna manusia tidak harus berfikir untuk mencipta sesuatu yang baru, tetapi manusia harus akur, Allah itu Maha Kuasa. Tiada siapa yang dapat menandingi kekuasaanNYA. Jadikanlah hasil ciptaan manusia itu sebagai suatu wasilah yang mendekatkan diri kita kepadaNYA dengan menyedari kelemahan kita sendiri sebagai hamba Yang Maha Kuasa..
Renungkan firman Allah s.w.t. :
Walaupun ciptaan yang dihasilkan oleh manusia sendiri akan menemui kegagalan, jadikanlah kegagalan itu sebagai suatu yang mendekatkan diri kepadaNYA dan gunakanlah segala ilmu yang dimiliki sebagai senjata jihad...
“Subhanallah, Maha Suci Allah…” hanya itu yang terdetik di hati sewaktu belajar tadi. Sesungguhnya Allah tidak menciptakan sesuatu di muka bumi ini dengan sia-sia. Malangnya, manusia sahaja yang jarang memikirkan akan kebesaran ciptaan Allah s.w.t.
Kita seringkali mendengar manusia melemparkan tohmahan dan cacian kepada binatang. Dengan tanpa berfikir, manusia sering menengking,
“Ish, binatang ni..Kenapa la kau wujud? Bukan ada manfaat pun, hanya menyusahkan orang je!”
Tanpa disedari, manusia mengutuk dan mempersoalkan ciptaan Allah s.w.t. Hebat sangatkah kita hingga nak membenci dan mengutuk makhluk ciptaan Allah s.w.t. sehingga begitu sekali???
Di dalam kelas tadi pensyarah ada menyentuh sedikit pasal tikus. Baru saya perasan, sebenarnya antara binatang yang paling kerap sekali menerima tohmahan dan cacian daripada manusia adalah tikus. Tikus dah amat terkenal sebagai makhluk yang kotor, busuk dan juga sebagai binatang yang sering menghuru-harakan rumah yang telah sedia huru-hara oleh manusia.
Itulah manusia. Hanya tahu mengutuk dan membantah. Bukan mengutuk dan membantah perkara-perkara yang salah, tetapi mengutuk, membantah dan mempersoalkan undang-undang dan kekuasaan ciptaan Allah s.w.t. Jarang sekali manusia mahu memikirkan hikmah di sebalik tikus yang busuk itu. Bertepatan dengan firman Allah s.w.t. :
“Dan sesungguhnya Kami telah menjelaskan berulang-ulang kepada manusia dalam AL-Quran ini dengan bermacam-macam perumpamaan. Tetapi manusia adalah memang yang paling banyak membantah.”
(Surah AL-Kahfi, 18 : 54)
Cuba fikirkan betul-betul.. Besar juga sebenarnya jasa tikus yang sering dihinakan itu kepada manusia. Mana tidaknya, ia sering menjadi korban dalam membuat kajian-kajian pemakanan dan perubatan manusia. Cuba bayangkan sekiranya Allah tidak menciptakan tikus..Sudah tentu generasi manusia di muka bumi ini akan menjadi pupus dari sehari ke sehari kerana menjadi bahan eksperimen.
Sebagai hamba Allah yang beriman, jadilah manusia yang berakal, iaitu manusia yang sentiasa memikirkan akan kebesaran dan kekuasaan ciptaan Allah s.w.t. Hargailah setiap ilmu yang dipelajari meskipun ilmu mengenai tikus sekalipun supaya ia dapat menjadi suatu alat yang akan mendekatkan lagi diri kita dengan Maha Pencipta… Renungilah firman Allah s.w.t. ;
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), “Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini dengan sia-sia;Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka.”
(Surah Ali Imran, 3 : 190-191)