Alhamdulillah, segala puji bagi Allah..Setelah sekian lama menyepi, hari ini diberikan sedikit masa untuk menulis.

Dalam kesibukan menyiapkan report
Food Processing Technology yang sekian lama tertangguh, diri ini menjumpai banyak perkara yang menyebabkan saya termangu seketika.Mana tidaknya, dalam mencari-cari maklumat mengenai Homogenization of Milk, saya terjumpa satu fakta yang agak merisaukan.

Secara umumnya, perlu diketahui bahawa kebanyakan susu di pasaran dan hampir kesemua dairy food product mengalami proses homogenization untuk menambahkan jangka hayat susu dan makanan tersebut. Homogenization ini sebenarnya adalah suatu proses yang menggunakan tekanan tinggi terhadap cecair untuk membahagikan molekul cecair tersebut kepada saiz yang lebih dan paling kecil.


Dalam bahasa mudahnya, dengan wujudnya proses homogenization, penggumpalan susu dapat dielakkan dan susu akan menjadi lebih stabil sekaligus memanjangkan jangka hayat susu tersebut. Yang mengejutkan, ada satu fakta hasil daripada kajian yang dibuat oleh Oster, pensyarah sebuah universiti di Eropah, proses homogenization tersebut boleh membawa kepada penyakit jantung. Ada pihak yang menyangkal fakta tersebut, tetapi, sebagai langkah keselamatan, perkara sebegini perlu diberi perhatian.

Semalam pula, terjumpa juga satu fakta lain yang agak meresahkan. Iaitu mengenai keju. Menurut kajian yang telah dijalankan, kebanyakan keju yang berada di pasaran ditambah bahan pepsinogen (dari perut lembu) ataupun renet ( dari perut khinzir) untuk membuatkan keju itu membeku.Khinzir tu dah memang haram untuk dimakan.Lembu pula, kita belum tahu bagaiman ia disembelih..Semuanya memusykilkan jadi lebih baik tinggalkan aje. Fakta sebegini mungkin akan mengecewakan sesetengah pihak tetapi itulah hakikat yang perlu diterima masyarakat zaman sekarang.

Fakta lain pula sedikit mengenai soya. Di Malaysia, soya dipasarkan dengan rancaknya. Pihak Barat turut membuat fakta bahawa soya mengandungi kandungan protein yang tinggi dan boleh menggantikan susu. Pernah suatu ketika, mereka pernah menyatakan soya lebih baik daripada minyak kelapa sawit yang mana pada ketika itu sumber utama ekonomi negara Malaysia.Sedangkan di Amerika Syarikat sendiri, soya hanyalah sebagai makanan binatang ternakan.


Disebabkan majoriti rakyat Malaysia amat sukakan soya, tidak kira dalam bentuk susu ataupun tempe, fakta ini amat perlu diberi perhatian. Apa yang saya nampak adalah ianya adalah suatu propaganda halus yang dibawa oleh puak Barat.Mengikut apa yang saya pelajari dalam kuliyah beberapa bulan yang lalu, kandungan protein yang terdapat dalam susu teramatlah rendah Ia sama sekali tidak boleh menggantikan susu.


Ini mungkin teknik halus orang Yahudi dalam usaha menjauhkan umat Islam daripada sunnah Rasulullah s.a.w. Ramai orang tahu bahawa minum susu adalah suatu sunnah yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Ini adalah satu usaha Yahudi supaya umat Islam tidak beramal dengan ajaran Rasulullah s.a.w. kerana bagi mereka :

"Sekiranya tidak mampu untuk mengeluarkan umat Islam dari agamanya, sudah memadai kiranya kita menjauhkan mereka daripada pengamalan ajaran Islam.."

Daripada segala fakta-fakta yang ditemui, diri ini tertanya-tanya, yang ini haram dimakan, yang itu boleh bawa penyakit, jadi apakah lagi yang boleh dimakan? Akhirnya, jawapan yang ditemui adalah..

"The best way is...back to the Al-Quran dan As-sunnah!!!"



Banyak ciptaan manusia dihasilkan demi memudahkan kerja dan mengaut keuntungan. Tetapi hasil yang diperoleh, pasti ada keburukan yang mendatang. Contoh-contoh di atas sudah cukup membuktikan walau sehebat mana sekalipun manusia merekacipta, sesungguhnya hanya Allah adalah sebaik-baik Pencipta.

Benarlah firman Allah s.w.t. :

"Maha Suci Allah yang menguasai (segala) kerajaan, Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu." (Surah al-Mulk, 67 : 1)

"Yang menciptakan tujuh langit berlapis-lapis.Tidak akan kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pengasih. Maka lihatlah sekali lagi, adakah kamu lihat sesuatu yang cacat?Kemudian ulangi pandangan(mu) sekali lagi, nescaya pandanganmu akan kembali kepadamu tanpa menemukan cacat dan ia (pandanganmu) dalam keadaan letih." (Surah al-Mulk, 67 : 3-4)

Itulah hakikat ciptaan Allah s.w.t. Susu lembu pada asalnya baik, tetapi setelah dimasukkan bahan oleh manusia bagi mempercepatkan pembiakannya automotik susu itu menjadi bahaya kepada manusia.Ini tidak bermakna manusia tidak harus berfikir untuk mencipta sesuatu yang baru, tetapi manusia harus akur, Allah itu Maha Kuasa. Tiada siapa yang dapat menandingi kekuasaanNYA. Jadikanlah hasil ciptaan manusia itu sebagai suatu wasilah yang mendekatkan diri kita kepadaNYA dengan menyedari kelemahan kita sendiri sebagai hamba Yang Maha Kuasa..

Renungkan firman Allah s.w.t. :

"Wahai orang yang beriman ! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan) yang mendekatkan diri kepadaNYA dan berjihadlah (berjuanglah) di jalanNYA, agar kamu beruntung." (Surah al-Maidah,5:35)

Walaupun ciptaan yang dihasilkan oleh manusia sendiri akan menemui kegagalan, jadikanlah kegagalan itu sebagai suatu yang mendekatkan diri kepadaNYA dan gunakanlah segala ilmu yang dimiliki sebagai senjata jihad...

Hari ini...

Diri ini perlu sedar bahawa....

"Semua yang kukerjakan adalah hanya untuk mencari keredhaan Allah s.w.t., mengharapkan apa yang disediakan di sisiNya dan tidak mengharapkan hadiah dan ucapan terima kasih."


Hikam Said Hawa

"Qiyadah tak boleh tutup pintu muhasabah. Ahli wajib awasi pimpinan supaya mereka lurus. Ahli lalai muhasabah pimpinan adalah dosa kerana abai suruhan Allah. Qiyadah perlu suruh ahli muhasabah mereka, dan tidak boleh pisahkan hal peribadi dan tanzim. Masalah peribadi pimpinan adalah masalah jamaah. Qiyadah mesti muhasabah kepada Qa'id dan sesama sendiri"

- As-Syaikh Said Hawa, Jundullah.

Hai jiwaku..

Bertasbihlah dan solatlah!
Saat urusan-urusan berat menyerangmu.
Apabila hati telah merasa letih
Dari beban kehidupan yang melelahkan
Alirkan air mata, wahai jiwa
Lalu tumpahkanlah ia dalam solat
Sungguh Tuhan alam semesta mendengar
Tangisan jiwa memohon kasih-Nya...

Rasulullah s.a.w. sentiasa berdoa...

" Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada ilmu yang tidak memberi manfaat dan daripada hati yang tidak khusyuk dan daripada amalan yang tidak diangkat (tidak diterima) dan daripada doa yang tidak didengar (tidak dimakbulkan). " (Hadis riwayat Ahmad).

Persoalan Qaradhawi

"Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010

Ubat buat pejuang..

Jamaludin Al Afghani pernah menganggap ujian seperti buang daerah laksana melancung , penjara seperti istirehat dan dibunuh pula merupakan jalan pintas untuk menemui Allah swt sebagai kekasih yang dirindui . Sungguh dahsyat ibarat ini . Siapakah gerangannya yang mampu menganggap penjara sebagai tempat istirehat dan buang daerah sebagai pakej pelancungan jika ia bukan terdiri dari pejuang - pejuang Islam yang tinggi pergantungannya kepada Allah swt .

Ibnu Mas'ud pernah berucap...

"Siapa saja di antara kalian yang hendak mencari teladan, maka teladanilah para sahabat Muhammad s.a.w.;Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang paling baik hatinya dalam kalangan umat ini,paling dalam ilmunya, paling sedikit kepura-puraannya,paling teguh berpegang pada petunjuk, dan paling baik perilakunya.Mereka itu adalah kaum yang dipilih Allah s.w.t. untuk menemani Nabi s.a.w. dan menegakkan agamaNya."

Sunnah Perjuangan...

Kaisar Romawi ketika berbincang dengan Abu Sufyan pernah berkata, "Telah kutanyakan padamu tentang bagaimana peperangan kalian dengannya.Kamu mengatakan peperangan itu silih berganti;sesekali kalian menang dan lain waktu ia yang menang.Maka demikianlah keadaan semua rasul yang pernah ada;selalu dicoba dan memperoleh akibatnya."

Interaktif mukmin


ShoutMix chat widget