Pada 23 Oktober yang lalu, budget 2010 telah diumumkan oleh Perdana Menteri kita dengan bertemakan "Innovative Leaderhip for 1United, Innovative Malaysia". "Budget", suatu perkataan yang mana apabila disebut pasti membuatkan semua terbayang-bayang helaian-helaian wang yang berterbangan. Kita seringkali memandang "budget" atau dalam bahasa rasminya belanjawan sebagai suatu pengurusan kewangan yang bersifat material semata-mata. Kita sebagai seorang manusia seringkali terlepas pandang hikmah yang tersembunyi di sebalik wang itu.
Berdasarkan pembentangan belanjawan yang lalu, kebanyakan usaha ditumpukan kepada pembangunan material, dan bukannya kepada pembangunan rohani ( spiritual ) dan juga nilai insan. Kelihatannya seperti penat yang ditanggung oleh kerajaan tidak berbaloi kerana hanya memikirkan pengagihan sejumlah wang tanpa mempedulikan ke arah mana wang tersebut digunakan dan siapa yang memanfaatkannya.
Belanjawan yang dibentang baru-baru ini nampaknya tidak dapat menghasilkan negara yang seimbang kerana hanya berfokus kepada pembangunan material di samping mengenepikan pembangunan spiritual.
Semua sedar bahawa negara sedang mengalami kejatuhan ekonomi tetapi masih ingin membangunkan kembali ekonomi itu dengan hanya menggunakan wang.Cuba bayangkan anda sebagai peniaga.Gerai anda mengalami kerugian yang teruk,tetapi anda ingin membangunkan kembali gerai itu dengan hanya menggunakan wang yang dimiliki anda pada waktu itu. Ia adalah sukar untuk anda membangunkan semula gerai anda itu tanpa pertolongan daripada orang-orang yang berkemampuan.Tetapi, untuk meraih pertolongan itu,anda perlu mempunyai personaliti dan nilai peribadi yang baik.Yang ingin disampaikan di sini adalah nilai spiritual masyarakat adalah penting untuk melahirkan tamadun atau peradaban yang selamat.Indeks-indeks jenayah yang meningkat dan keruntuhan nilai moral dan akhlak amat perlu diberi perhatian.
( Statistik IPKKL dari Januari hingga April tahun 2009 menunjukkan kes jenayah samun meningkat sebanyak 2254 kes berbanding 1249 kes dalam tempoh yang sama pada tahun lalu manakala kes jenayah ragut juga mencatatkan peningkatan sebanyak 1206 kes pada tahun ini berbanding 606 kes pada tahun lepas.)Sumber:http://mstar.com/, 16 April 2009).
Jenayah ragut di ibu negara juga semakin membarah ke tahap kritikal dengan peningkatan sebanyak 99 peratus dalam tempoh empat bulan pertama tahun 2009,berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu. Antara bulan Januari hingga April 2009,peningkatan sebanyak 600 kes jenayah dicatatkan iaitu 1206 kes berbanding 606 kes dalam tempoh yang sama pada tahun lalu. Adakah pasukan polis yang patut dipersalahkan dan sekaligus mengecop pasukan polis Malaysia sebagai polis 'cap ayam'?? Kita seringkali menyalahkan pihak polis tetapi pada hakikatnya kelemahan pembangunan spiritual itu sendiri yang menyumbang kepada masalah-masalah yang semakin meningkat melampaui batas selamat.
Ingatlah wahai saudara!
Kalian adalah ghuraba' yang mengadakan kabaikan di tengah kerosakan manusia. Kalian adalah kekuatan baru yang yang dikehendaki oleh Allah untuk membezakan yang haq dan yang batil di saat pembeza di antara keduanya telah kabur. Kalian adalah da'i-da'i Islam, pembawa risalah al-Quran, penghubung antara langit dan bumi, pewaris Nabi Muhammad s.a.w., dan para khalifah dari generasi sahabat.
Dengan inilah dakwah kalian lebih unggul daripada dakwah-dakwah yang lain, dan tujuan kalian lebih mulia daripada tujuan yang lain. Kalian bersandar pada tiangyang tegar dan berpegang pada tali yang kukuh yang tidak mungkin akan putus.
Kalian telah mengambil cahaya yang terang di saat manusia dalam kegelapan, tersesat, dan menyimpang dari jalan kebenaran.
"Dan Allah berkuasa atas urusan-Nya tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya." (Yusuf : 21)